Malayan Union

Pembantahan Penduduk Terhadap Malayan UnionPenduduk Membantah Pembentukan Malayan Union

    1946 Malayan Union diperkenalkan atas usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.  1 April 1946 British mengisytiharkan pembentukan Malayan Union di Kuala Lumpur

Sebab-sebab pembentukan Malayan Union

1- Persediaan membentuk kerajaan sendiri

2- Pentadbiran yang licin dan menjimatkan kos

3- Membentuk sebuah bangsa Malayan Union

4- Mengurangkan kuasa politik orang melayu

5- Mengawal kuasa politik orang melayu

 

Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union

1- Syarat utama Perjanjian Malayan Union

  •  Semua Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, dua Negeri Selat disatukan
  • Gabenor British dilantik oleh Ratu England mengetuai Malayan Union
  • Singapura diasingkan kerana mempunyai kepentingan pelabuhan bebas.
  •  Kerakyatan Malayan Union adalah sama rata – jus soli.
  • Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu; membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik sebagai ketua pentadbir.
  • Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

2- Penubuhan Malayan Union sebagai sebuah kesatuan dikuasai oleh pemerintahan pusat yang kuat.

3- Pentadbiran terus kepada Parlimen British di London.

4- Malayan Union menolak tradisi dan sistem politik Melayu.

5- Kerajaan Malayan Union diisytihar pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur

Carcosa Seri Negara A.K.A King’s House

6- Malayan Union menggantikan Pentadbiran Tentera British atau British Military Administration(BMA).

7- Pentadbiran berpusat ini menyeragamkan dasar pentadbiran, kehakiman, keselamatan, politik dan ekonomi Tanah              Melayu untuk kepentingannya.

8- Tindakan British yang bertentangan dengan Dasar Perlindungan sebelum ini menimbulkan kemarahan penduduk Melayu      yang mundur berbanding kaum lain yang mendapat faedah daripada dasar penjajah.

9- Rasa tak puas hati ini menyebabkan penyatuan orang Melayu menentang Malayan Union.

p/s – setakat ini dulu, nanti ada masa Luna update lagi ya🙂

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s