Pengenalan Sains Sukan Tingkatan 4

hyehyehye.. sebab esok Luna ada test Sains Sukan, so Luna nak post apa yang Luna baca,, bukan untuk Luna sahaja tapi untuk semua kawan Luna yang akan menghadapi SPM dalam subjek Sains Sukan,, memang susah nak cari nota kat internet so ini inisiatif Luna sendiri. semoga kita boleh manfaat bersama~~ so, sediakan kertas dan pen OK!

KONSEP

Dasar Sukan Negara

  • sukan untuk semua (sukan massa) ialah untuk mengekalkan tahap kesihatan serta kesejahteraan anggota masyarakat.
  • sukan untuk kecemerlangan (Sukan Prestasi Tinggi) ialah untuk meningkatkan prestasi atlet pada peringkat tertinggi.

Etika Dalam Sukan

Contoh kod etika profesional

  • berkelakuan dan berperangai baik
  • mempunyai disiplin, kerjasama, bertoleransi, berani dan jujur
  • menghormati, mematuhi dan menerima keputusan pegawai dan pengadil
  • mempunyai semangat kesukanan yang tinggi

contoh amalan tidak beretika

  • memberi data-data peribadi yang palsu supaya dapat menyertai sesuatu pertandingan
  • tidak menghadirkan diri untuk latihan kerana tidak suka akan jurulatih
  • bercakap buruk tentang ahli pasukan
  • jurulatih memaksa atlet untuk mengambil bahagian dengan mengabaikan tahap kesihatan atlet

faktor mengekalkan suasana harmoni dalam sukan

  • semangat kesukanan
  • mematuhi peraturan dan undang-undang permainan
  • menghormati dan mematuhi keputusan pengadil

Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan

tugas utama Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan

  • mewujudkan Skim persijilan Kejurulatihan Kebangsaan
  • menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan
  • menyelaras segala kegiatan kejurulatihan
  • melaksanakan apa-apa tugas dari semasa ke semasa

objektif skim ini diwujudkan

  • melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang Sains Sukan
  • menyediakan program yang sistematik untuk menambah bilangan jurulatih
  • menyelaras dan melaksanakan semua program aktiviti persijilan kejurulatihan pada semua peringkat

PENGURUSAN SUKAN

Pengurusan Sukan

  • perancangan
  • penilaian
  • pengelolaan
  • pengawalan
  • pimpinan
  • penyediaan belanjawan
  • pengarahan

SISTEM PERTANDINGAN

Sistem Liga Satu Pusingan

  • sekiranya terdapat hanya 5 buah pasukan bertanding, maka setiap pasukan akan berpeluang bertanding sebanyak 4 kali sebelum pemenang sebenar diumumkan

Sistem Liga Dua Pusingan

  • memerlukan peserta atau pasuka tersebut bertanding dengan pihak lawan sebanyak dua kali (timba balik)

Kelebihan dan Kelemahan Separa Liga Dua Kumpulan

kelebihan

  • Johan dan naib johan tidak diletakkan didalam satu kumpulan
  • bilangan pasukan masih sedikit dan tidak membebankan pasukan dari segi tenaga dan kewangan

kelemahan

  • kemungkinan dalam satu kumpulan terdapat pasukan yang sama kuat
  • timbul rasa tidak puas hati jika kumpulan yang satu lagi lemah

Kelebihan dan Kelemagan Sistem Kalah Mati Sekali

kelebihan

  • Format pertandinga mudah difahami
  • mampu menerima penyertaan yang banyak
  • bilangan perlawanan yang sedikit
  • memerlukan kemudahan yang sedikit
  • masa dan perbelanjaan yang sedikit
  • pemenang dapat ditentukan dengan cepat

kelemahan

  • pemain hanya dapat bermain sekali sahaja
  • separuh daripada pemain atau pasukan tewas pada peringkat awal permainan
  • penggunaan kemudahan secara minimun
  • penentuan pemain pilihan adalah penting
  • pemenang diperingkat awal atau kedua tidak semestinya peserta atau pasukan pilihan

Bilangan Peserta Menunggu / Bye

Bilangan menunggu/bye dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

  • Contohnya: 14 pasukan bertanding

x Bilangan penyertaan14 pasukan
x Angka pangkat dua yang melebihi bilangan penyertaan 16
x Tolakkan angka pangkat dua dengan bilangan penyertaan 16-14 = 2 Hasil tolak adalah bilangan peserta menunggu/’bye’
x Peserta menunggu akan disebarkan dengan sama banyak di antara kumpulan atas dan kumpulan bawah

x Angka 16 adalah 4 kuasa 2: oleh itu bilangan pusingan ialah 4.  Ini bermakna peserta johan akan berlawan sebanyak 4 pusingan.

contoh jadual pertandingan

Kelemahan dan Kelebihan Sistem Kalah Mati Dua Kali

kelebihan

  • peserta berpeluang bertanding dua kali
  • peserta yang kalah berpeluang untuk menang
  • dapat memilih pemenang yang sebenar
  • penentuan peserta penunggu tidak diperlukan

kelemahan

  • memakan masa yang lebih panjang
  • perlawanan banyak, oleh itu memerlukan banyak gelanggang
  • jadual perlawanan yang kompleks dan mengelirukan


2 thoughts on “Pengenalan Sains Sukan Tingkatan 4

  1. Nad LauRa says:

    tQ Luna >.<

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s